Zulkifly Ibrahim

Zulkifly bin Haji Ibrahim atau Ustaz Zulkifly Ibrahim dilahirkan di Lambor Kanan, Bota, Negeri Perak pada 22 April 1962. Beliau kini menetap di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Beliau mempunyai seorang isteri dan empat orang anak, iaitu dua orang lelaki dan dua orang perempuan.Beliau adalah seorang aktivitis masyarakat dan penggiat utama di dalam Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak sejak tahun 1999. Selain menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Perak dan Ketua PKR Cabang Tambun, beliau juga adalah seorang Pengarah Eksekutif Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)